Monday, April 20, 2009

MENGUBAH CIPTAAN ALLAH S.W.T.


Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda:


"Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud).



Kesimpulan Hadis:
1- Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini ialah kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah s.w.t.


2- Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya kesemuanya dengan syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai kaum perempuan.

3- Muhammad Tarique akan kena potong rambut lagi. Rambut dia dah makin panjang.

Tuesday, April 14, 2009

44 hari berpantang - 13 April


Alhamdulillah...... isnin lalu

bonda dah berjaya melepasi 44 hari berpantang


sebelum ni igt mase berpantang senang,

lepas sendiri lalui, baru tau susahnye nak ikut cara pantang yg betul,


al maklum la, org dah biase mkn makanan pedas, lauk yg sedap2, semuanya sumbat,

tapi mase pantang la kene jaga semuanya,itu tak boleh, ini tak boleh,

mkn ubat yg pelik2, pakai stokin, bengkong, mandi air panas, air daun, rempah ratus,

pendek kate mcm2 yg pelik yg kite kene buat.


sepanjang bonda berpantang ni, ade pengalaman yg tak dpt bonda lupe,

mase hari ke 14, bonda bentan "kata mak bidan la" bonda sendiri tak tau, yg bonda tau mase tu bonda rase seram sejuk, mcm nak deman, bile bgn je terus mengigil seluruh bdn, sampai tak leh nak control, cuak jg mase tu takut kene kancing gigi, pastu terus deman, panas giler badan dgn seram sejuk seluruh badan.


mase kene tu tinggal bonda dgn Q je kat umah, atok dgn nenek g rewang.

bonda berdoa agar Que jgn bgn dari tido, sebab bonda betul2 tak larat nak bgn, nasib baik Que tido lena, sampai atok dgn nenek blk.


Alhamdulilah semuanye selamat.


so skg bonda dah boleh mkn, makanan kegemaran bonda dgn abah "ikan keli" hehehehe...


Bonda bersyukur sgt2 pada-Nya.